TERJEMAHAN SINAR HARIAN
Bungkusan bantuan kemanusiaan yang digugurkan dari udara oleh pesawat tentera Amerika Syarikat di Semenanjung Gaza. - Foto AFP
GENEVA - Seorang pakar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempersoal tindakan Amerika Syarikat (AS) menghantar bantuan makanan kepada Gaza ketika negara kuasa dunia itu masih meneruskan lagi bekalan senjata kepada Israel.
Malah, pelapor Khas PBB Mengenai Hak Terhadap Makanan, Michael Fakhri menganggap apa yang dilakukan AS ketika ini sebagai 'sesuatu yang tidak masuk akal'.
"Apabila negara menggunakan bantuan udara dan pelabuhan maritim ini janggal, dalam situasi apabila anda ingin menyampaikan bantuan kemanusiaan ke wilayah musuh.
"Apa yang saya cuba fahami adalah mengapa AS menyediakan bom dan peluru serta sokongan kewangan kepada kerajaan yang telah menyatakan hasratnya untuk membuat orang awam kelaparan,” katanya.
Fakhri, seorang profesor undang-undang Lubnan-Kanada diberi mandat oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk mendokumenkan dan menasihati keselamatan makanan global.
Di tengah-tengah amaran tentang kebuluran yang meningkat mendadak, lima bulan selepas kempen Israel menentang Hamas di Gaza, tentera AS melancarkan melakukan bantuan udara.
Namun, bagi Fakhri perkara sedimikian tidak membantu mengatasi kebuluran yang menjadi satu krisis besar di Gaza ketika ini.
"Apa yang berlaku sekarang memberi amaran tentang huru-hara yang terjadi ketika pelarian Palestin berebut bekalan sehingga membahayakan nyawa mereka sendiri," ujarnya. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan