"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tahap kesihatan kita sudah parah sangat? Pelajar maut akibat serangan jantung di asrama sekolah

NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

DUNGUN – Seorang pelajar lelaki tingkatan lima ditemui meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung di bilik asrama sebuah sekolah menengah di Hulu Dungun di sini, semalam.

Mangsa, Mohamad Nazlin Zazwi, 17, ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan-rakan sekolahnya pada pukul 9.45 malam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, guru sekolah tersebut kemudiannya telah membawa mangsa ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Dungun.

“Pemeriksaan pegawai perubatan hospital itu mengesahkan remaja tersebut telah meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Maizura berkata, mayat Mohamad Nazlin telah dibawa ke unit forensik hospital berkenaan sebelum dituntut ahli keluarganya selepas urusan bedah siasat selesai petang tadi.

Beliau berkata, jenazah remaja terbabit difahamkan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Shukor, Hulu Dungun. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: