"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tujuh hilang termasuk dua kanak-kanak, kereta dinaiki dihanyutkan arus deras

BHarianonline 
Anggota bomba melihat sungai Gardon yang dinaiki air berikutan hujan lebat di tenggara Perancis di Russan pada 10 Mac 2024. - Foto AFP
Anggota bomba melihat sungai Gardon yang dinaiki air berikutan hujan lebat di tenggara Perancis di Russan pada 10 Mac 2024. - Foto AFP
DIONS: Tujuh hilang termasuk dua kanak-kanak selepas ribut ganas melanda selatan Perancis hari ini.

Dipercayai, kebanyakan mangsa yang berada dalam kereta dihanyutkan arus deras selepas jambatan dilalui ditenggelami air.

Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berusia empat dan 13 tahun terperangkap dalam banjir ketika kereta dinaiki mereka sedang melintasi sebuah jambatan merentasi Sungai Gardon di perkampungan Dions, dekat utara bandar Nimes, hari ini.

Menurut pasukan penyelamat, bapa dan dua kanak-kanak itu masih hilang.

Akan tetapi, ibu kanak-kanak berkenaan yang berada dalam kereta sama ditemui oleh penyelamat dan dibawa ke hospital.

Dalam kejadian itu, kelihatan sebuah helikopter terbang melintas kampung Dions dan Sungai Gardon yang melimpah.

Sejumlah besar anggota bomba dikerahkan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat, sambil dibantu dron serta anjing ketika akses jambatan tidak dapat dilalui kerana ditenggelami air.

Pasukan penyelamat juga sedang mencari dua wanita, dipercayai berusia 47 dan 50 tahun, dikatakan membuat panggilan kecemasan di sebuah jambatan dekat bandar Goudargues di utara negara itu.

Seorang lagi pemandu, warga negara Belgium turut hilang dan dikhuatiri dihanyutkan dari sebuah jambatan di Kampung Gagnieres.

Seorang penumpang warga Belgium dalam kenderaan sama, bagaimanapun berjaya keluar dan berlindung dekat sebarang pokok, sebelum dia diselamatkan selepas dua jam.

Justeru, jalan itu ditutup dan seorang anggota polis memberitahu pengguna jalan raya supaya tidak menggunakan jambatan itu.

Di Ardeche, pengurus stesen jana kuasa hidroelektrik yang memeriksa kemudahan itu juga didapati hilang sejak petang semalam, dalam kejadian di Kampung Saint Martin de Valamas.

Pencarian masih diteruskan.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, berkata anggota penyelamat menjalankan sebanyak 35 operasi sewaktu ribut dan hujan lebat melanda seluruh kawasan Ardeche dan Gard.

Tambah beliau, semua kenderaan yang dihanyutkan ditemui tetapi masih tiada kesan mereka yang hilang. - AFP

Tiada ulasan: