"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis: Dedah wajah budak saksi kes bunuh punca kakak Bella ditahan

Alias Abd Rani
bhnews@bh.com.my
KAKAK kepada Bella (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas direman sehari bagi membantu siasatan Akta Kanak-Kanak 2001. Foto Alias Abd Rani
KAKAK kepada Bella (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas direman sehari bagi membantu siasatan Akta Kanak-Kanak 2001. Foto Alias Abd Rani
BATU PAHAT: Polis hari ini mengesahkan penahanan seorang wanita kerana didakwa menyiarkan gambar kanak-kanak berusia empat tahun secara langsung di TikTok, pagi tadi.

Suspek berusia 36 tahun itu dipercayai kakak kepada Bella, ditahan sejurus tiba di IPD Batu Pahat untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata suspek ditahan jam 2.10 pagi tadi susulan pihaknya menerima laporan seorang wanita memaklumkan gambar anaknya berusia empat tahun digunakan di Tiktok.

"Kanak-kanak itu merupakan saksi pendakwaan bersabit kes bunuh di daerah ini hujung tahun lalu yang disebarkan melalui aplikasi itu.

"Dia kemudian ditahan ketika tampil memberi keterangan di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Batu Pahat.

"Selain tangkapan, polis turut merampas telefon bimbit yang disyaki digunakan ketika bersiaran langsung, untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi tadi dan direman sehari bermula hari ini.

Katanya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

"Polis menasihatkan orang awam agak tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya.

Tiada ulasan: