"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Ahli Parlimen mengaku bersalah kerana mencuri

BHarianonline
Golriz Ghahraman berkata, tekanan berkaitan kerja telah menyebabkan beliau 'bertindak dengan cara yang benar-benar di luar tabiat'. - Foto AGENSI
Golriz Ghahraman berkata, tekanan berkaitan kerja telah menyebabkan beliau 'bertindak dengan cara yang benar-benar di luar tabiat'. - Foto AGENSI
WELLINGTON: Bekas Ahli Parlimen New Zealand, Golriz Ghahraman hari ini mengaku bersalah atas tuduhan mencuri, sekali gus telah menjejaskan kerjayanya sebagai ahli politik berhaluan kiri di negara itu.

Golriz adalah pelarian pertama yang dipilih ke Parlimen New Zealand, meletak jawatan daripada tugas politiknya pada 16 Januari lalu kerana mahu menangani kesihatan mentalnya.

Polis mendakwa ahli politik yang sedang meningkat naik itu didapati bersalah kerana mencuri di butik pakaian.

Beliau yang berusia 43 tahun itu, yang sebelum ini berkhidmat sebagai jurucakap keadilan partinya, mengaku bersalah di Mahkamah Auckland atas empat pertuduhan mencuri di butik pakaian.

Golriz yang juga seorang bekas peguam hak asasi manusia, berkata tekanan kerja menyebabkan dirinya terpaksa meletakkan jawatan dan menjadikan dirinya berada dalam luar kawalan.

Katanya, beliau cuba untuk memaafkan tindakan dirinya itu dan telah mengecewakan ramai orang.

Beliau dilahirkan di Iran sebelum berpindah ke New Zealand ketika usia kecil bersama keluarganya apabila mereka diberikan suaka politik.

Selepas tamat pengajian dalam bidang undang-undang, beliau menjadi peguam hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bekerja di tribunal jenayah antarabangsa sebelum memasuki Parlimen pada 2017.

Sebelum dakwaan itu diketahui umum, beliau telah dikritik kerana pembabitannya yang menonjol dalam beberapa protes pro-Palestin.

Bekas ketua bersama Parti Hijau, James Shaw, berkata Golriz berdepan dengan ancaman yang berterusan sejak hari dia memasuki Parlimen dan tekanan itu semakin memuncak sebelum beliau didapati bersalah kerana mencuri. - AFP

Tiada ulasan: