"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adun Sg Bakap ditidurkan akibat komplikasi perut

FMT Reporters
SKBerita
Nor Zamri Latiff dimasukkan ke hospital dua hari lalu kerana mengalami sakit perut. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Adun Sungai Bakap Nor Zamri Latiff dilaporkan sudah ditidurkan selepas menghadapi komplikasi di bahagian perut.

Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim yang mengesahkan perkara itu berkata Nor Zamri kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya.

“Isteri beliau (Nor Zamri) maklumkan suaminya dimasukkan ke hospital dua hari lalu susulan sakit perut.

“Dia kini ditidurkan selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada ahli keluarga.

“Kami dapat perkembangan mengenai kesihatan beliau daripada isterinya memandangkan orang luar tidak dibenarkan masuk ICU,” katanya ketika dihubungi, menurut Sinar Harian.

Nor Zamri yang bertanding pada PRN lalu menentang calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose, menang selepas memperoleh 15,433 undi dengan majoriti 1,563 undi.

Tiada ulasan: