"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua warga Pakistan ini sedang dicari

Di mana Tariq dan Mohsin

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
POLIS sedang mengesan dua lelaki warga Pakistan yang dilaporkan hilang. FOTO Ihsan PDRM
POLIS sedang mengesan dua lelaki warga Pakistan yang dilaporkan hilang. FOTO Ihsan PDRM
Petaling Jaya: Polis sedang mengesan dua lelaki warga Pakistan yang dilaporkan hilang, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Tariq Aqib, 26, dan Mohsin Ali, 31, jam 1.31 pagi hari ini.

"Kali terakhir kedua-duanya dilihat adalah di rumah di di Blok 1-1-9 Jalan Pekaka 8/7, Seksyen 8 Kota Damansara di sini, kira-kira 11 pagi semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 0379662222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Tiada ulasan: