BERNAMA

ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di Port Dickson. FOTO Ihsan JBPM
Seremban: Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di Port Dickson, di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Kanan Penguasa Bomba Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan wanita berusia 26 tahun itu pada 6.35 petang semalam.
"Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lapan terus ke balkoni tingkat satu hotel berkenaan. Pasukan operasi melakukan kerja penyelamatan dengan menggunakan `busket strecther' hingga selesai.
"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Maslan Udin mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan