"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli Parlimen Machang sedar diri dia mulut busuk, mulut longkang

Wan Fayhsal tarik balik gelaran 'penjilat', tapi minta kekalkan 'pengampu'

Shakira Buang

PARLIMEN | Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, hari ini menarik balik kenyataannya yang dianggap tidak sopan ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, semalam.

Wan Ahmad Fayhsal turut memohon maaf secara terbuka susulan kenyataannya yang menyifatkan Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) sebagai "penjilat".

Wan Ahmad Fayhsal merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(4) yang melarang penggunaan bahasa biadap, kurang sopan dan kenyataan seksis dalam dewan.

“Saya nak merujuk kepada diri saya sendiri sebab semalam saya buat kenyataan yang bagi saya unparliamentary (melanggar peraturan dewan), bila mana saya cakap BNBBC penjilat.

“Saya mohon tarik balik. Saya tak nak ia dimasukkan dalam hansard. Saya mohon maaf pada BNBBC tetapi (perkataan) pengampu minta kekalkan,” katanya.

Wan Fayhsal semalam mendakwa BNBBC sebagai “penjilat apabila cuba mempertahankan kerajaan ketika Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 di Dewan Rakyat semalam.

“Saya ingin menegur sikitlah kepada kumpulan BNBBC di dalam dewan ini, saya faham kalian pertahankan kerajaan tetapi nampak sangat nak menjilat atau pun nak mengampu.

“Jadi, bila kita jilat dan mengampu kebenaran tidak terserlah. Bak kata orang putih keep your friends close, but your enemy closer (biar kawanmu sentiasa dekat, tapi musuhmu lebih rapat).

“Ya, kita lawan dalam politik.

“Jadi, bila pembangkang menegur, kita tegur dengan niat baik. Bukan nak menjahanamkan, bukan menipu, bukan memfitnah dewan,” katanya.

Permohonan maaf Wan Fayhsal itu disambut ucapan tahniah daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

 “Tahniahlah yang berhormat,” katanya ringkas.

Peraturan Mesyuarat 36(4) merupakan garis panduan etika yang mengawal kelakuan dan pertuturan Ahli Dewan Rakyat ketika perbahasan. 

Pelanggaran terhadap peraturan ini boleh menyebabkan tindakan teguran atau hukuman oleh speaker.

Tiada ulasan: