"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sarjan tentera direman 5 hari, disyaki cabul kanak-kanak

Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my
SUSPEK (tengah) di mahkamah. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
SUSPEK (tengah) di mahkamah. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
Alor Gajah: Polis menahan reman anggota tentera berpangkat sarjan selama lima hari kerana disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Januari lalu.

Majistret Dr Teoh Shu Yee membenarkan suspek, 32, direman bermula hari ini hingga 29 Julai untuk polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Menurut sumber, perbuatan suspek terbongkar apabila diadukan mangsa kepada ibunya di rumah mereka, 9 Julai lalu.

"Mangsa mendakwa kejadian cabul berlaku di kawasan taman perumahan mereka pada waktu petang Januari lalu semasa dia berjalan pulang ke rumah dari tadika.

"Dia kemudian dihampiri suspek yang dikenali oleh ibu dan bapanya dan membawanya bersiar-siar di taman perumahan itu menaiki keretanya," katanya.

Sumber berkata, mangsa juga mendakwa kejadian sedemikian kerap berlaku dan suspek mengumpan mangsa dengan aiskrim sebelum mencabulnya.

Polis menahan suspek petang semalam.

Tiada ulasan: