"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga emas meninggal dunia ketika daki bukit

FMT Reporters

Lelaki berusia 60 tahun itu dilaporkan tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti pendakian di Moongate Trail di Pulau Pinang.
Pasukan perubatan memberi rawatan kecemasan kepada lelaki warga emas yang pengsan ketika mendaki bukit Moongate Trail, Taman Botani di Pulau Tikus, Pulau Pinang pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Seorang warga emas meninggal dunia selepas dilaporkan pengsan ketika mendaki bukit Moongate Trail, Taman Botani di Pulau Tikus, Pulau Pinang pagi tadi.

Jabatan Bomba Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.56 pagi mengenai seorang lelaki berusia 60 tahun yang pengsan ketika melakukan aktiviti pendakian.

Katanya, sepasukan lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Bagan Jermal bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 4km dan tiba pada 10.11 pagi.

“Pasukan keluaran operasi cuba untuk membuat bantuan pernafasan kepada mangsa tetapi tidak berjaya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, mangsa dibawa turun ke kaki bukit dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tiada ulasan: