Tunggang atas nama rakyat, Pemuda Pas tiba-tiba bersorak dah ‘menang’
Harapandaily
Pemuda Pas dilihat cuba menunggang atas nama rakyat dengan tiba-tiba ‘bersorak’ mengatakan rakyat sudah menang.
Sayap parti pembangkang itu mendakwa penutupan KTM dibatalkan walaupun sejak pagi tadi pengendali laman Facebook KTM Berhad memaklumkan tiada pemakluman rasmi daripada pihak pengurusan berhubung penutupan sementara Stesen Bank Negara dan Stesen Kuala Lumpur.
“Rakyat menang! Penutupan dibatalkan.
“KTM dan perkhidmatan awam dibuka semula,” dakwa Pemuda Pas menerusi Facebook rasmi sejam lalu.
Menjengah ke ruangan komentar bagi hantaran itu, rata-rata menempelak Pemuda Pas yang seperti mengada-adakan cerita.
“Sendiri buat cerita, sendiri bersorak… gila betul Pemuda Pas ni.
“Bila masa pulak nak ditutup. Takda plan pun nak tutup.
“Takde hujan, takde ribut, tiba-tiba menang,” demikian antara sindiran warganet di ruangan komentar hantaran Pemuda Pas itu.
Terdahulu, ‘notis’ itu memaklumkan dua stesen KTM iaitu Stesen Bank Negara dan Stesen Kuala Lumpur akan ditutup esok dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Pembangkang dilihat ‘menggelupur’ dengan ‘notis penutupan’ itu dengan menganggap kononnya kerajaan MADANI mahu menghalang kelancaran pergerakan peserta himpunan anti kerajaan esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan