Harapandaily
Pencetak lidah rasmi Pas, Harakah mencadangkan penyokong Pas yang enggan menerima bantuan RM100 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk melunaskan hutang dengan pihaknya.
Bekas pencetak akhbar Harakah, Hussin Jan berkata demikian susulan pengumuman Perdana Menteri mengenai penyaluran sumbangan secara sekali beri menerusi MyKad itu.
“Jikalau penyokong Pas tak mahu terima duit RM 100 tu, apa kata mai jumpa kita bincang..
“Contoh, kalau ada penyokong Pas 20,000 orang x RM 100 dah boleh selesai hutang printing yang baki-baki tu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Tahun lalu, Hussin yang juga Pengurus NAJ Press Resourcess (M) Sdn Bhd dilaporkan berkata, Pas masih mempunyai hutang yang berbaki lebih RM2 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan