"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis siasat lanjut kes pelajar diikat kaki tangan dalam tandas

OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI – Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes seorang pelajar perempuan yang ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki diikat dengan tali leher di tandas sebuah sekolah menengah di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan sebelum dapat diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Kta sedang melengkapkan siasatan terhadap dua pelajar yang ditahan dipercayai terlibat dalam kejadian itu serta mangsa.

“Walau bagaimanapun disebabkan kesemua mereka masih di bawah umur serta mangsa yang trauma, kita memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan siasatan,” katanya. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323/324 Kanun Keseksaaan.

Sementara itu, rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan perasaan tidak puas membabitkan pencapaian cemerlang mangsa dalam akademik sehingga dia disukai oleh ramai pelajar lelaki sekolah itu.

Keadaan tersebut tidak disenangi oleh salah seorang pelajar perempuan selepas mendapati teman lelakinya turut cuba mendekati mangsa.

Dia kemudian bertindak mengajak rakannya sebelum dipercayai mengikat mangsa serta memukulnya di dalam tandas sekolah.

Menurut pelajar yang enggan dikenali itu lagi, dia terkejut selepas mendapat tahu dua pelajar sekolah ditahan polis sehari selepas kejadian berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: