"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menurut kajian Muhyiddin lebih popular berbanding Hamzah Zainuddin sebagai calon jawatan Perdana Menteri dari blok pembangkang

Kajian MASA: Siapa lebih popular dalam PN? Populariti Muhyiddin lebih tinggi berbanding Hamzah

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Tinjauan terkini oleh Institut Masa Depan Malaysia (MASA) mendapati bahawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai tokoh pembangkang paling popular, jauh mengatasi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk calon jawatan Perdana Menteri dari blok pembangkang.

Menurut dapatan tinjauan yang dijalankan antara 14 Jun hingga 19 Julai 2025 itu, 33% responden memilih Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri, berbanding hanya 13% untuk Hamzah.

Dapatan kajian sekali gus meletakkan Pengerusi PN itu mendahului semua tokoh pembangkang lain.

Dari segi prestasi peribadi, 41% responden berpuas hati dengan prestasi Muhyiddin, berbanding hanya 16% yang menyatakan hal sama terhadap Hamzah.

Kajian juga mendapati populariti Hamzah juga tidak jauh berbeza dengan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (14%).

Kajian MASA itu dikeluarkan sehari sebelum penganjuran Himpunan Turun Anwar yang ditunjangi PAS yang juga merupakan parti komponen PN.

Secara konvensyennya, Ketua Pembangkang merupakan calon Perdana Menteri dari blok pembangkang sekiranya berada di tampuk kuasa.

Bagaimanapun, kajian MASA mendapati Hamzah jauh ketinggalan dari segi populariti berbanding Muhyiddin dalam kalangan pemimpin PN.

Tiada ulasan: