"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Setelah membaca penjelasan ini masih ramaikah walaun yang mahu turun berdemo 26 Julai ini?

Anwar hanya minta nasihat ketika pertemuan dengan ulama pondok – Agamawan

SITI NUR ZAWANI

Seorang agamawan, Uwais al Qarni mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meminta apa-apa selain nasihat ketika menghadiri satu majlis tertutup bersama para ulama pondok dari seluruh negara baru-baru ini.

Menurut Uwais, beliau sendiri turut serta dalam pertemuan tertutup tersebut yang dihadiri Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Dalam majlis tertutup itu, Anwar secara terbuka meminta para ulama memberi pandangan dan nasihat kepada beliau, satu perkara yang mengejutkan.

“Dalam satu majlis tertutup bersama guru-guru pondok, PM dan Amirudin, tidak ada apa yang diperkatakan melainkan yang amat berhormat PM telah mengisyaratkan kepada guru-guru pondok, tuan-tuan syeikh yang tua ini untuk beri nasihat kepada dia.

“Wallahi tuan-tuan, tak ada apa. Hanya minta untuk beri nasihat.

“Anwar kata: Tuan Syeikh. Tolong beri nasihat kepada saya. Dia juga minta nasihat kepada beberapa tuan guru lain termasuk seorang tuan guru daripada Tumpat, kelantan yang juga beri nasihat,” katanya dalam satu perkongsian video di TikTok.

Dalam perbincangan tersebut, beberapa tokoh agama menekankan pentingnya kestabilan politik untuk memastikan keamanan dan kemajuan negara terus terjamin.

Malah dia sendiri mendengar ucapan ulama pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang yang secara terbuka menyatakan bahawa kerajaan sekarang perlu dikekalkan demi kestabilan negara, walaupun ulama itu secara tegas menyebut dirinya masih bersama Pas.

“Dia tetap menegaskan bahawa ‘ambo ini tetap orang Pas’. Itu memang perkataan yang keluar daripada mulut Syeikh Wazir,” jelas Uwais lagi.

Uwais menjelaskan bahawa pertemuan tersebut membuktikan para ulama bukan berniat perkara tidak baik, sebaliknya menzahirkan keprihatinan terhadap kestabilan dan kemaslahatan negara.

“Mereka bukan nak benda lain sebenarnya. Mereka nak kepada kestabilan. Mereka nak kepada keamanan,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun pandangan ulama mungkin tidak popular di mata sesetengah pihak, pendekatan yang dibawa adalah berpaksikan kepada mengelakkan kerosakan (mafsadah) dan meraih manfaat rakyat (maslahah).

“Mereka risaukan kerosakan yang bakal berlaku kalau kekacauan dan pertembungan ini tidak terkawal. Ini method para ulama, walaupun pandangan ini wallahi tidak akan popular,” katanya.

Tiada ulasan: