Harapandaily
AHMAD MURSI
Hangit dan berasap, walaun dan ustaz-ustaz Pas cuba pertahan kenaikan cukai pintu di MBAS, Kedah.
Sebenarnya, walaun tak perlu pun jelaskan kenapa cukai taksiran naik. Kebodohan tu ada pada penyokong Pas sendiri.
Rakyat yang rasional akan faham, cukai taksiran naik seiring dengan kenaikan nilai tahunan hartanah.
Cuma isunya, bila hal itu berlaku di negeri selain Pas, agamawan Pas akan keluarkan segala macam hujah agama bahawa tindakan itu haram dan bertentangan dengan syariat.
Kononnya Madani ini “Negara Jibayah”, bukan “Negara Hidayah”. Dari Presiden hinggalah ustaz picisan, sama sahaja nadanya.
Hujah agama diguna hanya untuk menyesatkan pihak lain. Bila hal yang sama berlaku di negeri Pas, hujah agama untuk menghalalkan pula digunakan.
Sepatutnya, hal cukai ini dibahas dari sudut keperluan ekonomi, maslahah dan mafsadah.
Kerana kaedah fiqh: “Tindakan pemerintah terhadap rakyat tertakluk kepada maslahah.” Banyak hal yang tiada nas khusus.
Tapi malangnya, ustaz Pas tak terlatih hal ekonomi, maka segala perkara disempitkan jadi hukum fiqh sempit dan kini kerap kali juga dibahas jadi isu perkauman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan