"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Power bank meletup dalam poket, lelaki melecur kaki

Agensi

Melbourne: Seorang lelaki melecur pada kaki dan jarinya selepas sebuah bank kuasa litium (lithium power bank) di dalam poketnya terbakar ketika berada di sebuah ruang istirahat perniagaan kendalian Qantas di sini, 6 November lalu, lapor The Straits Times.

Saksi memberitahu akhbar The Age Australia bahawa bank kuasa itu dipercayai menjadi terlalu panas ketika berada di dalam poket lelaki berkenaan.

Peranti itu tiba-tiba meletus dan terbakar menyebabkan ruang istirahat itu dipenuhi asap tebal dan memaksa lebih 150 orang berpindah.

Kakitangan di ruang istirahat itu membantu lelaki berusia 50-an itu ke bilik mandi sebelum paramedik tiba untuk merawat kecederaannya.

Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan stabil dan kemudian dibenarkan keluar.

Seorang jurucakap Qantas berkata, ruang istirahat itu dibersihkan dan dibuka semula dua jam kemudian.

Insiden itu turut dikongsi penerbit filem Australia, Leanne Tonkes, di Instagram yang memuji tindakan pantas kakitangan membantu mangsa.

Qantas berkata, ia sedang mengkaji semula polisinya mengenai penumpang yang membawa bateri litium termasuk bank kuasa mudah alih.

Julai lalu, penerbangan Virgin Australia juga berdepan kebakaran di ruang simpanan atas tempat duduk penumpang berpunca daripada bank kuasa, dan syarikat itu turut mengkaji semula prosedur keselamatannya.

Bank kuasa dikaitkan dengan beberapa kebakaran dalam industri penerbangan termasuk satu insiden membabitkan pesawat Korea Selatan pada Januari lalu.

Syarikat penerbangan termasuk Emirates, Cathay Pacific, China Airlines, Korean Air dan Singapore Airlines mengharamkan penggunaan dan pengecasan bank kuasa semasa penerbangan.

Kebanyakan syarikat penerbangan juga mengehadkan bilangan dan kapasiti bateri boleh dicas semula yang boleh dibawa penumpang, dengan sesetengahnya membenarkan tidak lebih daripada dua peranti berkadar antara 100 watt-jam dan 160 watt-jam.
-Hmetro 

Tiada ulasan: