"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 maut selepas makan umbut rotan beracun

Erika George

BINTULU: Dua lelaki maut selepas makan umbut rotan beracun di kawasan Sungai Salik Mayeng Kakus, Tatau, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Jame Reis berkata, pemeriksaan oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Tatau mengesahkan kedua-duanya yang berusia 31 dan 58 tahun meninggal dunia.

“Tiga lagi mangsa yang turut sama memakan umbut rotan atau nama saintifiknya calamus castaneus diberikan rawatan di klinik sama sebagai pesakit luar, manakala seorang mangsa dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Bintulu,” katanya hari ini.

Jame berkata, pihaknya menerima laporan kejadian 7.30 malam itu daripada pengadu yang bersama enam rakannya, sedang makan hidangan itu di pondok kebun.

Katanya, umbut rotan itu didakwa dimasak seorang daripada mereka dengan bahan berkenaan diperoleh di kawasan kebun oleh salah seorang mangsa.

“Sejam jam selepas makan didapati kesemua mereka menunjukkan gejala keracunan, sakit perut dan muntah-muntah,” katanya.

Dengan bantuan penduduk kampung dan pengadu, kesemua mangsa di bawa ke Klinik Kesihatan Tatau, sebelum dua mangsa disahkan meninggal dunia.

“Pemeriksaan fizikal yang dijalankan ke atas mangsa didapati tiada unsur jenayah. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Bintulu untuk dibedah siasat,” katanya yang meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Sebarang maklumat boleh disalur kepada Ketua Polis Balai Tatau, Sarjan Rafiziezuan Mohd Yakop yang juga pegawai penyiasat ke di talian 016-5254225.

Tiada ulasan: