"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki rugi RM9,000, bimbang gambar bogel disebar

Nor Azizah Mokhtar

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki kerugian RM9,000 selepas diugut video bogelnya akan disebarkan oleh seorang wanita yang dikenalinya melalui aplikasi cari kenalan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun tampil membuat satu laporan di Balai Polis Batu Caves, Rabu lalu.

“Pengadu memaklumkan berkenalan dengan seorang wanita melalui aplikasi Tantan sebelum mereka bertukar nombor telefon dan mula berhubung melalui aplikasi WeChat.

“Suspek kemudian menunjukkan minat dan melakukan panggilan video bersama mangsa sebelum kedua-duanya diminta menanggalkan pakaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, selepas panggilan itu, wanita berkenaan mula menghantar mesej ugutan melalui WhatsApp dengan mengancam akan menyebarkan rakaman video bogel mangsa sekiranya wang tidak dibayar.

“Mangsa kemudian membuat dua bayaran kepada suspek melalui akaun sebuah bank digital yang mempunyai kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Akibat penipuan itu, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM9,000,” katanya.

Beliau berkata siasatan kini menjurus kepada usaha mengenal pasti pemilik akaun bank digital berkenaan serta nombor telefon yang digunakan untuk menghubungi mangsa.

Tiada ulasan: