"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar curi puluhan ‘uniform’, seluar dalam milik rakan sekelas

KOSMO
Tangkap layar video menunjukkan puluhan seragam serta pakaian dalam wanita ditemui di dalam bilik suspek. - Instagram
JAKARTA – Seorang pelajar sebuah universiti di Pringsewu, wilayah Lampung ditahan kerana mencuri berpuluh-puluh seragam serta seluar dalam wanita yang dipercayai milik rakan sekelasnya, lapor portal berita Borneo.

Kecurian itu berlaku di Universiti Aisyah.

Ketua Polis Pringsewu, AKBP Yunnus Saputra berkata, suspek dikenali sebagai ML, 19, diberkas selepas polis menerima laporan tentang seorang lelaki bertindak mencurigakan di rumah tumpangan wanita.

“ML ditahan sekitar pukul 5.30 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

“Orang ramai dan anggota Angkatan Tentera Indonesia (TNI) terkejut apabila menemui timbunan pakaian wanita termasuk skirt, bra dan seluar dalam semasa menggeledah bilik suspek.

“Pakaian-pakaian itu disembunyikan di beberapa tempat seperti beg plastik, bawah tilam dan almari,” kata Yunnus.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar pelaku. – AGENSI

Tiada ulasan: