"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

mansuhkan Lembaga Disiplin?

Timbalan Ketua Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin tidak menolak kemungkinan ada perwakilan ke perhimpunan agung Umno, yang akan mengusulkan pemansuhan Lembaga Disiplin Umno.

Katanya, ini kerana akar umbi keliru dengan hukuman berbeza oleh lembaga tersebut walaupun mereka yang terbabit melakukan kesalahan yang sama.

mahathir subang airport 220706 zahidi zainal abidinBeliau merujuk kepada hukuman melarang Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan timbalan presiden, sedangkan Khairy Jamaluddin hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Semalam, Lembaga Disiplin Umno mengumumkan hukuman tersebut selepas kedua-duanya didapati bersalah melanggar tataetika berkempen dibawah fasal 10.1 yang melibatkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejen-ejen kempen mereka, dalam sogokan politik.

"Ada sesetengah (calon) yang kena, ada sesetengah yang tidak kena. Dan keputusan berbeza-beza telah menimbulkan kekeliruan kepada akar umbi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ekoran itu, kata Zahidi yang juga ketua Umno bahagian Padang Besar, keputusan tersebut akan menghilangkan kepercayaan akar umbi kepada Lembaga Displin Umno.

Sehubungan itu, Zahidi berkata, perwakilan mempunyai kuasa untuk menentukan sama lembaga displin ini menguntungkan parti atau sebaliknya.

Kecewa keputusan lewat


Sementara itu, ketua Pemuda Padang Serai, Ismadi Abu Talib berkata beliau kecewa kerana lembaga tersebut membuat keputusan siasatannya berhubung politik wang pada saat akhir bermulanya perhimpunan agung Umno.

"Saya tak suka lembaga disiplin membuat keputusan di saat akhir kerana keputusan tersebut akan mengecewakan sesetengah pihak. Keputusan sepatutnya dibuat dari awal," katanya.

Menurut Ismadi, akar umbi akan lebih menghormati lembaga displin sekiranya jawatankuasa tersebut membuat keputusan lebih awal berhubung isu tersebut.

Zahidi juga tidak yakin calon-calon timbalan presiden boleh melakukan kesalahan politik wang kerana mereka sudah matang berpolitik dan bertindak secara profesional.

"Mereka tidak mahu menang dengan cara tidak sihat," katanya sambil menambah ketiga-tiga calon timbalan presiden mempunyai peluang yang sama untuk menang.

Sekiranya berlakunya sabotaj, tambahnya, ia akan menghilangkan kepercayaan kepada Umno, terutama pengundi di atas pagar.

Manakala Naib Ketua Bahagian Umno Langkawi, Mohd Rawi Abdul Hamid pula berkata setahunya, tiada unsur-unsur sabotaj terhadap calon-calon yang bertanding. 

Keghairahan penyokong


Katanya lagi, semua calon yang bertanding termasuk ketiga-tiga calon timbalan presiden mempunyai banyak pengalaman dalam politik dan kabinet.

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar, Faizal Abdullah berkata beliau yakin ketiga-tiga calon itu tidak mahu terlibat dengan politik wang.

Sebaliknya beliau menyalahkan keghairahan penyokong, penasihat dan pengurus calon itu "yang berbuat apa sahaja" untuk memenangkan calon masing-masing.

Sehubungan itu, beliau berharap kepada Lembaga Displin Umno meneliti aduan dan dakwaan politik wang dengan teliti, adil dan berhikmah.

"Mereka perlu bersikap adil dengan mengambil kira suasana pemilihan secara keseluruhan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mengulas kemungkinan berlakunya sabotaj, beliau berkata ia adalah "satu perkara biasa" sewaktu menjelangnya pemilihan.

"Kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai," katanya.

Bagaimanapun, kata Faizal, setakat ini beliau tidak mendengar berlaku sebarang bentuk sabotaj kepada calon-calon yang bertanding, di bahagiannya.  

  -malaysiakini-

Tiada ulasan: