"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Esok Ada Cerita Mengenai Pak Lah

BESOK kalau tidak ada aral melintang dan kesihatan (kaki) pulih saya akan menemui seorang anak negarawan terbilang negara. Dia baru telefon sebaik azan Isyak berkumandang sekejap tadi. Katanya dia minta sangat supaya saya boleh berjumpa dengannya.


Suspen juga, untuk apa? Katanya untuk bercerita mengenai Umno. Dia sangat bimbang dengan kedudukan Umno hari ini. Lantas saya berkata, senang saja untuk menyelesaikannya suruh Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) panggil Tengku Razaleigh, Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang duduk sekali, selesai masalah.

Ha... katanya itulah yang saya nak bincang dan nak maklumkan kepada you. Bolehkah kita berjupa esok?, mintanya bersungguh. Dia membuat panggilan itu dari sebuah negeri di Pantai Timur.

Saya keberatan kerana rancangan yang saya sebutkan itu tidak akan menjadi kenyataan! Abdullah terlau berhati-hati dan pandir untuk menerima pandangan bagi menyelamatkan keadaan. Ketiga-tiga pemimpin itu telah pun berjumpa dengan Pak Lah secara berasingan, dan masing-masing telah memberi jaminan secara terbuka.

Abdul Hadi sudah pun berjumpa Pak Lah sebanyak dua kali, Anwar juga berjumpa Pak Lah, paling baru ialah di Hulu Langat. Manakala Tengku Razaleigh pula lebih daripada dua kali dan paling baru ialah Februari lepas.

Tetapi hasilnya masih belum ada?

Bagaimana pun menurut anak negarawan dan bekas pemimpin Umno itu dia ada berjumpa dengan Abdullah bertukar-tukar fikiran. Lama juga katanya sampai 45 minit. Satu pertemuan yang hebat. Hasil pertemuan itulah nanti dia akan menceritakan kepada saya. Katanya ada perkembangan yang positif. Apa?

Mudahan kaki saya sihat dan boleh berjalan dengan baik esok untuk menemui anak negarawan yang tidak sehebat bapanya itu. Dan paling diharap juga semoga ada cerita seronok dan menggembirakan semua daripada beliau.

Tak apalah kita dengar apa saja cerita kerana sebelum seseorang itu menghembuskan nafas terakhirnya kita yang sihat wajib berikhtiar untuk menyembuhkannya setakat kemampuan kita. 
  

 http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: