Tindakan Lembaga Disiplin Umno melarangkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan timbalan presiden telah mengubah senario sokongan politik terhadap calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi Umno, khususnya bagi jawatan timbalan dan naib presiden. Tanggapan bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan Mohd Ali yang dilihat sebagai penyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, maka Hishammudin yang merupakan sepupu Datuk Seri Najib Tun Razak, turut terkena tempiasnya. Di samping itu, Hishammuddin - selaku menteri pelajaran - juga dilihat tidak tegas dalam menangani bantahan supaya dimansuhkan program pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Dengan tinggal enam hari sahaja lagi berlangsungnya pemilihan bagi jawatan timbalan dan naib presiden serta kerusi Majlis Tertinggi, kecenderungan perwakilan menunjukkan Datuk Shafie Apdal mendahului senarai calon yang bertanding jawatan naib presiden. "Walaupun perkara ini telah dinafikan oleh pucuk pimpinan tetapi ia tidak dapat menghakis 100 peratus tanggapan tersebut di kalangan para perwakilan," kata seorang pemimpin Umno. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Kedudukan Hishammuddin merosot?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan