"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Ke Bukit Gantang : UMNO Bukan Parti Yang Berdisiplin dan SPRM Yang Melembu Lagi


UMNO sememangnya sebuah parti yang selama ini tidak berdisiplin. Gejala politik wang telah terlalu lama mendarah daging di dalam UMNO. Akibatnya pembersihan kecil yang cuba dilakukan oleh UMNO baru-baru ini sudah pasti menerima "tentangan", dan ini mengesahkan fakta bahawa UMNO tidak mungkin akan berjaya menghapuskan gejala politik wang di dalam partinya. 

Berita terkini, Timbalan Ketua Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin seperti dilaporkan oleh malaysiakini tidak menolak kemungkinan ada perwakilan ke perhimpunan agung Umno, yang akan mengusulkan pemansuhan Lembaga Disiplin Umno pula

Katanya, ini kerana akar umbi keliru dengan 
hukuman berbeza oleh lembaga tersebut walaupun mereka yang terbabit melakukan kesalahan yang sama.

Beliau merujuk kepada hukuman melarang Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan timbalan presiden, sedangkan Khairy Jamaluddin hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Kelmarin, Lembaga Disiplin Umno mengumumkan hukuman tersebut selepas kedua-duanya didapati bersalah melanggar tataetika berkempen dibawah fasal 10.1 yang melibatkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejen-ejen kempen mereka, dalam sogokan politik.

"Ada sesetengah (calon) yang kena, ada sesetengah yang tidak kena. Dan keputusan berbeza-beza telah menimbulkan kekeliruan kepada akar umbi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ekoran itu, kata Zahidi yang juga ketua Umno bahagian Padang Besar, keputusan tersebut akan menghilangkan kepercayaan akar umbi kepada Lembaga Displin Umno.

Sehubungan itu, Zahidi berkata, perwakilan mempunyai kuasa untuk menentukan sama lembaga displin ini menguntungkan parti atau sebaliknya.

Sementara itu, ketua Pemuda Padang Serai, 
Ismadi Abu Talib berkata beliau kecewa kerana lembaga tersebut membuat keputusan siasatannya berhubung politik wang pada saat akhir bermulanya perhimpunan agung Umno.

"
Saya tak suka lembaga disiplin membuat keputusan di saat akhir kerana keputusan tersebut akan mengecewakan sesetengah pihak. Keputusan sepatutnya dibuat dari awal," katanya.

Menurut Ismadi, akar umbi akan lebih menghormati lembaga displin sekiranya jawatankuasa tersebut membuat keputusan lebih awal berhubung isu tersebut.

Terlebih anih apabila Lembaga Disiplin apabila memutuskan Dato Seri Ali Rustam dilarang bertanding kerana disahkan terlibat dengan politik wang atau dengan perkataan lainnya "rasuah" Suruhanjaya Pencegahan "Rasuah" Malaysia (SPRM) berdiam diri.

Tetapi di Pulau Pinang, belum apa-apa lagi Pegawai SPRM Pulau Pinang telah menyoal beberapa orang ekoran dakwaan yang dibuat oleh ahli Angkatan Muda Keadilan Pusat, Amizudin Amat semasa mesyuarat penuh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tehadap dakwaannya pemimpin PKR negeri Pulau Pinang "dipercayai" terlibat dengan unsur rasuah. 

Bukankah benar tanggapan ramai yang SPRM itu lembu yang dicucuk hidungnya? 

Tiada ulasan: