"...Apa yang berlaku di Perak, kita tidak ada arahan memaki Raja, kita tidak mahu bertempur dengan Raja kerana kita mendukung Raja Berperlembagaan."
Kita perlu jelas dalam persepsi terhadap makna keadilan dan makna kezaliman, Tanggapan orang kampung apabila pukul kepala atau belasah pun nama zalim. Tidak memberi hak yang sewajar termasuk juga dalam zalim.
Kita melihat bagaimana langkah-langkah yang diambil terhadap negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai contohnya dalam mengagihkan pelaburan, dalam mengagihkan pelaburan asing.
Di sana ada kempen-kempen yang tidak menggalakkan pelaburan pergi negeri-negeri lain daripada yang diperintahkan oleh Barisan Nasional (BN) apabila kita sebuah negara yang mengamalkan federalisme.
Federalisme ini mengiktiraf negeri-negeri yang dipilih oleh rakyat kerajaan tertentu. Dalam hal yang tertentu pihak BN sebagai contoh, di Terengganu semasa kita memerintah dirampasnya royalti petroleum walaupun di sana ada perjanjian.
Kami tidak lupa peristiwa ini. Sabah sendiri yang sudah 50 tahun ketinggalan. Jalan berpuluh kilometer sahaja tidak ada lebih raya. Di Sarawak saya pergi kempen pilihan raya barangkali wakil rakyat kenal rakyat masa pilihan raya sahaja.
Ini termasuk dalam perngertian kezaliman dan kita tidak boleh hendak hapuskan kemiskinan kalau boleh biar mengatasi masalah kemiskinan. Hendak atasi masalah kemiskinan pun kita tidak mencapai kadar kemiskinan yang masih besar dalam negara kira.Begitu juga kadar pengangguran masih besar.
Sekarang kita masih menghadapi krisis ekonimu yang melanda dunia dan tempias masuk ke dalam negara kita. Kita mahu satu pembelaan yang wajar kepada mereka yang dibuang kerja.
Saya lihat dalam TV bagaimana negara komunis walaupun dia komunis dia zalim, kadangkala dia sebagai contoh yang perlu kita ambil.Menyediakan peruntukan untuk memberi bantuan kepada pekerja-pekerja yang dibuang kerja. Ini satu amalan yang perlu diambil contoh oleh kerajaan.
Apa yang berlaku di Perak, di mana kita tidak ada arahan untuk memaki Raja, kita tidak mahu bertempur dengan Raja kerana kita mendukung Raja Berperlembagaan.
Raja berperlembagaan dengan seti yang sebenarnya. Siapa yang membubar Perlembagaan, yang merampas kuasa Raja-raja? Kita tidak mahu Raja-raja memberi kuasa mutlak.
Akan tetapi apa yang berlaku ialah, pemimpin Umno telah mengambil kuasa mutlak daripada Raja-raja dia sendiri untuk menyalah gunakan kuasa dan inilah yang mencelarukan negara. Saya tidak menyanggah titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Titah itu menggambarkan perpaduan yang rapuh. Inilah yang saya sebutkan. Perpaduan yang masih rapuh yang perlu kita tegakkan.
Membina perpaduan rakyat
Dalam membina perpaduan rakyat, mesti kita membina modal insan. Modal insan adalah modal diri manusia. Untuk membina manusia mestilah dengan ilmu, dengan iman dan dengan akhlak.
Di sinilah Islam memulakan ayat yang pertama yang bermaksud, "bacalah dengan nama Tuhan-Mu".
Ilmu yang dibaca dengan iman dan dengan akhlak. Ilmu adalah asas untuk membangunkan manusia yang menjadi masyarakat madani dan masyarakat Hadhari atau madani, masyarat yang bertamadun.
Perkataan hadarah yang bererti bandar dan hadir berhimpun di satu tempat dan Tuhan jadikan manusia ini hidup bermasyarakat.
Manusia tidak boleh menghasilkan keperluan secara individualistik. Mestilah bermasyarakat, perlu berhimpun dan tukar menukar antara satu sama lain.
Ini yang dimaksudkan dengan madani. Baju yang kita pakai daripada kain, kain daripada benang, benang daripada kapas dan kapas ditanam. Untuk tanam kapas kena ada benih dan cangkul.
Cangkul daripada besi. Tidak mungkin seorang manusia mahu sehelai baju, dia buat kerja semua.
Dia yang cari besi untuk cangkul, dia cari benih kapas dan dia seorang yang pintal benang. Sampai kiamat dan sampai mati tidak jumpa baju dan bertelanjang.
Mesti ada manusia yang melombong, ada manusia yang bercucuk tanam, ada manusia yang berniaha dan semua pihak ini berhimpun dalam satu bandar yang dinamakan Madinah. Inilah madani. Ini makna madani.
Inilah makna hadhari. Kehadiran. Mereka bertemu di satu tempat dan manusia yang hadir ini mestilah dibangun kemanusiaannya dengan ilmu dan dengan akhlak yang tepat. Dengan ilmu yang memberi manfaat.
Bukan ilmu yang tidak memberi manfaat. Ini salah satu yang perlu kita faham. Kita mendukung kerajaan membina sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian yang banyak tetapi sejauh mana kita berjaya dalam modal insan.
Kita sedang menghadapi keadaan yang parah. Anak-anak muda yang tinggal di pusat serenti lebih ramai daripada di universiti. Ini satu hal. Ini menunjukkan modal insan kita dalam keadaan begitu celaru. Dia perlu selesai. Di sana ada tempat yang tidak kena. Kita mahu rakyat yang berilmu dengan sebanyak-banyaknya.
Untuk mengilmukan rakyat dengan sebanyak-banyaknya, mestilah dengan bahasa ibunda. Untuk mendalami dan menimba ilmu daripada bangsa asing itu perlu kita mengetahui bahasa asing. Tidak menjadi salah. Digalakkan belajar ilmu bahasa asing. Akan tetapi hendak mengilmukan rakyat sebanyak-banyaknya mestilah dengan bahasa ibunda.
Bahawa kita sendiri telah menonjolkan slogan dalam tahun 60-an Bahasa Jiwa Bangsa. Apabila kita buang bahasa kita, kita menghilangkan jiwa bangsa kita sendiri. Kita telah menerima satu hakikat yang sangat baik.
Semua kaum menerima bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Bahasa pengantaraan di antara kaum yang mengilmukan rakyat.
(Artikel ini dipetik daripada laman web Presiden PAS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan