Muda Mohd Noor & Jimadie Shah Othman |
Menteri pelajaran baru diberikan tempoh dua minggu untuk membuat keputusan konkrit berhubung dasar kontroversi Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Mengulas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke jawatan tersebut minggu lepas, Gabungan Mansukan PPSMI (GMP) mahu beliau melihat dahulu memorandum bantahan yang dihantar berhubung perkara tersebut. Setiausaha GMP Hasni Abas berkata, keputusan memberikan tempoh itu dibuat dalam mesyuarat gabungan itu di Rumah PENA di ibunegara malam tadi. "Jika dalam tempoh tersebut, kami tidak mendapat sebarang respons, GMP akan bermesyuarat untuk mengambil tindakan susulan,” katanya hari ini. "Mungkin kita akan menghantar memorandum kepada menteri dan Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada Malaysiakini. Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin - selepas majlis terima tugas dari bekas menteri pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein - yang ingin mendapatkan maklum balas beberapa kementerian lain sebelum memutuskan dasar PPSMI. "Sesi taklimat ringkas telah diakan. Saya mendapat sedikit gambaran. Kertas laporan (kepada kabinet) telah disediakan. "Saya tidak dapat membuat kenyataan lanjut sebelum mendapat taklimat terperinci masalah tersebut," kata Muhyiddin di Putrajaya. Mengulas perkara tersebut, Hasni mencadangkan menteri berkenaan turut mendapatkan pandangan pakar-pakar bahasa mengenai PPSMI. "Jangan cepat buat respons, adakah yang bantah itu tidak cukup pendidikan, atau pengetahuan bahasanya rendah?" katanya. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
PPSMI: Muhyiddin diberi masa 14 hari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan