"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalimah Allah: Pilih antara Confrontasy atau Opportunity

-almansur-

Pendahuluan

Isu kalimah Allah telah berminggu-minggu dibahaskan dipelbagai peringkat masyarakat. Secara peribadi saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Namun ianya tidak menghalang untuk saya menyatakan pendirian saya berdasarkan pembacaan hujjah dari kedua-dua belah pihak. Walaupun pada asalnya saya telah pun mempunyai jawapan tersendiri, namun biarlah jawapan saya itu mempunyai asas yang kuat untuk saya nyatakan. Nah! Sekarang saya telah mempunyai asas yang kuat untuk menyatakan pendirian saya.

Langkah PAS membenarkan penggunaan kalimah Allah adalah tepat!

Setalah membaca banyak pandangan dan perbahasan, antaranya Dr. MAZA, Ust Zaharuddin, Ust Harun Taib. Seterusnya perdebatan antara TB dan AB (sebanyak 8 siri) dan yang terakhir ulasan panjang lebar Ust Wan Ji. Secara peribadi saya menyokong penuh keputusan PAS di dalam isu ini.

Maka pandangan/pendirian saya ialah:

Saya bersetuju kalimah Allah berhak untuk diguna pakai oleh pihak gereja kristian. Namun dengan syarat kawalan yang ketat patut dilaksanakan agar kalimah tersebut tidak gunakan untuk mengelirukan umat Islam.

Allah memberi hikmah mengapa namanya boleh disebut.

Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah, tidak kah kita terfikir mengapa gereja Barat sangat fobia (bimbang) untuk menggunakan kalimah Allah di dalam Bible mereka? Sedangkan apakah bezanya antara Bible Barat dan Bible Timur (arab)? Sekiranya diteliti kebimbangan ini sangat berasas. Ini adalah kerana mereka bimbang masyarakat Eropah akan terkeliru dengan kalimah Allah. Akhirnya akan mengheret masyarakat mereka kearah mengkaji sifat Allah dalam Islam serta memungkinkan mereka memeluk Islam akhirnya. Fikirkan wahai muslimin!

Suasana di Malaysia

Ramai yang menyatakan suasana di Malaysia tidak mengizinkan kalimah tersebut diguna pakai oleh pihak Kristian. Benarkah begitu? Ataupun benarkah gejala murtad berpunca dari kalimah Allah? Mungkin benar secara kasarnya, namun tahukah kita punca sebenarnya gejala murtad dikalangan umat Islam Malaysia ? Secara peribadi saya berpandangan, apa jua masalah yang berlaku di Malaysia (sosial atau akidah), adalah kerana terdapat pihak yang sentiasa membuka pintu-pintu syaitan. Siapa pihak tersebut? Anda fikirkan.

Saya akui bahawa memang benar kalimah Allah yang dituntut oleh pihak Kristian mempunyai agenda tersembunyi, namun lemah sangatkah Islam di Malaysia ini ini untuk melancarkankan agenda Islamisasi bagi mematahkan agenda mereka? Tak cukupkah agensi yang ada untuk melancarkan agenda dipihak Islam, kemanakah NGO-NGO Islam untuk membantu menjayakan agenda Islaminasi ini. Sekali lagi saya tegaskan, sebaliknya ada pihak yang sentiasa membuka pintu-pintu syaitan bagi menghalang agenda ini!

Sepanjang saya berada di bumi Sabah sebenarnya membuka mata saya mengapa ada dikalangan umat Islam di Sabah kembali menganut Kristian. Sekiranya ada dikalangan umat Islam Sabah yang murtad hanya kerana perkataan Allah di dalam ‘Al-Kitab’ mereka, sila nyatakan! Namun apa yang pasti, mereka murtad bukan kerana kekeliruan kalimah Allah, tetapi adalah kerana tiada pendakwah yang sanggup mengajar mereka erti Islam yang sebenar. Ini adalah hakikat yang perlu diakui oleh semua pihak.

Apa tindakan kita?

Beberapa post yang lepas, saya pernah menyatakan bahawa Islam tidak boleh berada di pihak defensive, tetapi Islam perlulah berada pada ‘offensive position’. Selagi mana Islam berada di ‘defensive position’, selagi itulah Islam akan ditekan dan dilihat sebagai agama yang lemah. Terus terang saya katakan bahawa, ada pihak yang sentiasa ingin melihat Islam di Malaysia berada pada ‘defensive position’. Siapa pihak tersebut? Anda fikirkan.

Pada semua kaki-kaki bola, sila anda katakan pada saya, sekiranya pasukan A mengatur strategi ‘offensive’ manakala pasukan B mengatur strategi ‘defensive’. Pasukan manakah yang akan menang?

Membenarkan penggunaan kalimah Allah adalah langkah pertama strategi ofensif.

Saya mulakan dengan soalan berikut. Antara dua kenyataan dibawah, yang manakah akan mendapat mati syahid dan yang manakah akan dapat mati katak?

1. Mati kerana tidak membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah, atau
2. Mati kerana menyebarkan kesucian kalimah Allah.

Anda jawablah dengan hati yang benar-benar mencari keredhaan Allah.

Ini jawapan saya. Sekiranya anda menjawab jawapan satu, ini bererti bahawa anda sedang berada pada ‘defensive position’ dan akan mati katak? Bagi saya, mereka yang yang ingin mencari ‘political mileage’ sahaja yang akan menggunakan jawapan satu. Sebaliknya, sekiranya anda menjawab jawapan dua, anda sedang berada pada landasan yang benar. Ya, itulah jawapan tegas saya.

Confrontasy menutup rapat Opportunity.

Prinsip asas Islam dalam sebarang kekeliruan ialah berhujjah. Jadi mengapa kita perlu takut untuk berhujjah dan ingin bersembunyi disebalik bayang-bayang ketakutan tersebut. Apabila umat Kristian ingin menggunakan kalimah Allah, maka inilah masanya untuk umat Islam memulakan serangan hujjah.

Sebarang usaha menghalang penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian (sebenarnya tiada dalil kuat untuk menghalang), hanya akan mewujudkan confrontasy dikalangan umat Islam dan umat Kristian di Malaysia. Sekiranya wujud suasana confrontasy ini, adakah ianya baik untuk agenda Islamisasi? Sebalikya, sekiranya, kita membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah, maka akan terbukalah seluas-luasnya pintu opportunity.

Opportunity melahirkan strategi.

Sesungguhnya di sebalik isu penggunaan kalimah Allah ini, terbentang luas peluang yang akan melahirkan pelbagai strategi dakwah. Seperti yang diketahui, bahawa oppourtunity merupakan salah satu langkah di dalam melaksanakan analisis SWOT. Namun tidak ramai yang ingin mewujudkan strategi daripada opportunity yang tersedia ada. Inilah yang menjadi masalah kepada umat Islam masa kini.

Mengatur strategi memerlukan satu-satu pasukan itu bertindak satu langkah ke depan berbanding pesaingnya. Inilah kelemahan yang ketara umat Islam di Malaysia. Sepatutnya kalimah Allah akan menjadikan umat Islam berada satu langkah terkehadapan berbanding bangsa lain, namun sebaliknya berlaku.

Sebagi contoh, berikut adalah strategi yang mungkin dapat difikirkan untuk dilaksanakan:

  1. Melancarkan kempen ‘No God Accept Allah’. Semua agensi atau badan NGO’s perlu mengeluarkan stiker atau apa sahaja bentuk bahan ringan yang memaparkan perkataan ‘No God Accept Allah’. Ini adalah sebagai strategi ‘saraf’ buat mereka yang ingin menggunakan nama Allah.
  1. Peranan tenaga pengajar dalam menyebarkan kalimah Allah. Semua guru-guru muslim perlu menekan kalimah Allah sebagai tuhan untuk semua manusia. Memuliakan kalimah Allah di hadapan semua pelajar tanpa mengira apa agama mereka.
  1. Mengadakan ‘Talk Show’ secara terbuka di dengan tajuk ‘Allah for All’ . Ini adalah sebahagian daripada medan ilmu bagi masyarakat memahami bahawa Allah itu merupakan tuhan bagi semua manusia.
  1. Mewujudkan risalah kemuliaan Allah di sisi Islam (dalam semua bahasa) . Risalah merupakan element yang perlu diberi perhatian kerana ianya mempunyai kesan tersiri pada jiwa pembaca.
  1. dan lain-lain lagi strategi yang perlu difikirkan hasil dari pengguna ‘Kalimah Allah’.

Sekiranya umat Islam masih sibuk dengan tindakkan mempertahankan kalimah Allah dan tidak mengambil peluang ini sebagai salah satu strategi dakwah, nescaya kita pasti akan menjadi umat yang lemah. Mengapa? Kerana kita berada satu langkah terkebelakang di dalam mengatur strategi. Malah dengan menghalang penggunaan kalimah Allah beerti menutup segala pintu-pintu ‘opportunity’ yang telah tersedia dengan pelbagai strategi dan hikmah.

Sekira semua strategi ini disusun dengan baik dan kemas, maka tiba masanya nanti, InsyaAllah umat kristian di Malaysia pasti akan tertanya-tanya, siapakah Allah yang sebenar? Maka, dengan itu saya bertanyakan kepada anda, pilihlah antara ‘Confrontasy atau Opportunity ’.

Pilihan di tangan anda.

-almansur-

http://islamreturn.blogspot.com

Tiada ulasan: