"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi buku-buku Zunar dirampas

Polis yang begitu 'taksub' dengan karya kartunis satira Zunar atau lebih dikenali sebagai Zulkiflee Anwar Haque, sekali lagi merampas sejumlah buku karya terbarunya minggu lalu.

Zulkiflee berkata beliau masih mengenalpasti jumlah sebenar buku-bukunya yang dirampas, tapi mengesahkan sebanyak 15 naskhah telah dirampas di dua buah kedai buku di Kepala Batas.

“Saya mendapat tahu bahwa polis merampas buku yang tidak diketahui jumlahnya di Bukit Mertajam dan Butterworth," katanya.

Beliau berkata operasi itu diketuai Cif Insp Mohd Noor Azlan Mansor daripada balai polis Seberang Perai. Pulau Pinang. Malaysiakini masih belum berjaya menghubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.

Buku berjudul 'Isu dalam Kartun' itu merupakan kompilasi karya daripada pelbaagi artis, menyentuh isu-su semasa seperti kes kehilangan enjin jet pejuang, kontroversi penggunan kalimah Allah dan juga pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Kulit buku tersebut menarik perhatian pembaca kepada dua karya di dalamnya yang bertajuk 'Sumpah di Bumi Komisen' dan 'Dari PD ke Mongoria' yang ditujukan sinis kepada pemimpin tertinggi negara.

Karya Zulkiflee sebelum ini - '1 Funny Malaysia' dan majalah 'Gedung Kartun' juga dirampas kementerian dalam negeri.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: