"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

HULU SELANGOR : Akhirnya pengecut terpaksa turun padang

sofiwahab
Sudah banyak kali BN berjaya mengelakkan berlakunya pilihanraya dengan menggunakan 'komponen'nya bagi menggagalkan pilihanraya kecil yang sepatutnya berlangsung. Antaranya di DUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang. Begitu juga dengan DUN Titi Tinggi. Pelbagai helah dan alasan yang dihamburkan guna untuk membuktikan pilihanraya tidak perlu. Namun semuanya tidak diterima rakyat.

Semua orang tahu BN begitu fobia dengan pilihanraya kecil terutama di Semenanjung kerana BN tersungkur layu pada semua Pilihanraya kecil di Semenanjung. Sebab itulah mereka kecut perut untuk berhadapan dengan mahkamah rakyat.

Kali ini BN tidak dapat lari lagi. Dengan meninggalnya Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad maka BN terpaksa juga mengharungi Pilihanraya Kecil ini.

BN sudah pasti akan berhadapan dengan rakyat yang sudah barang tentu akan mengungkit kebobrokan BN yang mahu melaksanakan GST (ditangguh sementara), kadar jenayah yang kronik, gejala maksiat yang membarah, rasuah menjadi pekung, ekonomi yang tidak menentu, harga barangan melambung, tarif elektrik hendak dinaikkan (tangguh dua kali), kadar pengangguran yang tinggi, lambakan pekerja asing, diskriminasi pusat kepada negeri PR, imej pemimpin negara yang busuk, penganiayaan terhadap Ketua Pembangkang dan seribu satu masalah yang begitu teruk dan memualkan.

Mahu tidak mahu BN juga terpaksa mengakui kejayaan kerajaan negeri PR dalam merakyatkan pemerintahan mereka dengan mengamalkan konsep negeri berkebajikan. Walaupun media menggambarkan negeri-negeri PR teruk tetapi rakyat yang duduk di bawah pemerintahan kerajaan PR dapat membezakan kelainan corak pemerintahan PR dan BN dulu.

Tidak syak lagi BN dan pemimpinnya sekarang tidak tidur malam untuk memikirkan bagaimana hendak menipu dan memperdayakan rakyat Hulu Selangor. Yang pasti rakyat Hulu Selangor sekarang menjadi RAJA. Sudah tentu BN akan menunaikan apa juga kehendak rakyat sesuai dengan sifat tardisional BN khususnya Umno yang sinonim dengan politik wang atau rasuah politik.

Tiada ulasan: