"Buatlah apa yang kamu mahu lakukan. Negara ini mengamalkan demokrasi. Biasalah stesen tv mesti ada isu-isu tertentu mahu disokong. Bagi saya, tidak ada masalah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui TV Selangor di lobi Parlimen apabila diminta mengulas kecaman Ketua Pemuda Umno itu yang menyatakan TV Selangor tidak memberi ruang kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Dakwaan Khairy yang turut mempersoal kempen boikot terhadap Utusan Malaysia, sebuah akhbar kawalan Umno BN dari membuat liputan pada majlis anjuran Pakatan Rakyat, sebenarnya tidak tepat.
Menantu bekas Perdana Menteri itu juga melabel laman tv web ini sebagai wadah propaganda Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor.
"Fungsi tv ialah melaporkan. Selagi apa yang dilaporkan tidak melanggar undang- undang dan berada pada landasan yang betul. Kalau nak sokong mana- mana parti tidak kisahlah," kata Mohamed Nazri.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan kecaman itu dibuat berikutan pemimpin UMNO BN mula terasa bahang laporan paparan TV Selangor.
"TV Selangor ini satu dari beratus yang ada. Sekarang kita ada tv1, tv2, tv3 dan kalau pun ada 15, 20 atau 30 saluran tv pun, hanya TV Selangor yang melaporkan perkembangan parti, jadi rakyat dengarlah kita.
"Maklumat yang Tv Selangor paparkan terus dari sumber yang betul, Pakatan Rakyat," kata Johari lagi.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menganggap laporan TV Selangor mengimbangi berita media arus perdana yang sering memberi imej buruk terhadap Pakatan Rakyat.
"Hanya TV Selangor sahaja melaporkan dasar yang diusahakan kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat demi membantu rakyat," kata Khalid.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mempertahankan kewibawaan TV Selangor dan menegaskan laman tv web ini mengamalkan kebebasan media dan bergerak atas landasan profesionalisme.
"Utusan selalu memutar belit fakta tentang Pakatan Rakyat. Melaporkan fitnah. Jadi, apa pilihan yang kita ada? Sebab itu, kita tidak mahu Utusan membuat liputan bagi Pakatan Rakyat," kata Azmin.
- tvselangor-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan