Semenjak adegan MP lompat-melompat dan pecat-memecat. Didada akhbar tak lekang dengan berita sensasi berkenaan MP lompat dan dipecat membuka pekung ex-Boss. Naik ralat rasanya membaca akhbar-akhbar minggu ini.
Apa boleh buat, dah dapat bola tanggung yang tak tentu dapat smash atau tidak. Selagi boleh dikudakan, pakai jelah.. Janji masyuk.. Aku tidak mahu sentuh berkenaan politik lompat-melompat atau masalah parti politik pun. Yang aku nak sentuh Syarikat Akhbar kat Malaysia.Mungkin ada kebenaran tangan-tangan ajaib memainkan peranan disebalik syarikat akhbar berkenaan. Kewartawanan Malaysia pun dah rupa macam majalah budak sekolah rendah / Menengah sahaja. Kadang-kala gambar pun kena edit, walaupun cerita tiada kena mengena dengan pihak disinun..
Tapi nak salahkan wartawan itu pun tak boleh jugak. Yelah, punca pendapatan mereka disitu. Maka wartawan ikut sahaja SOP yang diberikan oleh majikan mereka.
Ada lagi yang hendak aku sentuh satu akhbar yang asyik memaparkan pelbagai isu nafsu serakah. Fikiran nakal aku cakap, mungkin majikan/editor itu gila seks atau dia beranggapan pembacanya gila seks. Kalau betul pun cerita itu, tak perlu rasanya nak highlight di muka depan atau tak payah paparkan langsung.
Memanglah marketing planning nak lariskan akhbar.. Rasanya tidak perlu dilakukan begitu rupa, kerana pembaca anda semua peringkat usia dari anak kecil sampai tua macam aku. Kalau susah sangat ambil sahaja APCO jadi konsultan.. Ops, kang ada yang melenting kat aku pula.. hahahaha
Berbalik pada akhbar berkenaan.. Artikel mereka pun mendorong Yang tak pernah cuba, pun akan mencuba.. Itu lumrah sikap anak muda zaman sekarang yang perlu kita bendung.
Kalau yang berfikiran macam aku ini ambil sempadan tidak mengapa. Yang terpengaruh,
naya lah anak-anak kita dan kamu jawablah dikubur atas dorongan kecil anda. Wa'Allahualam..
Sebelum menutup tirai penulisan aku yang tak seberapa ini. Aku harap sangatlah kepada pembaca, janganlah beli atau sokong akhbar berkenaan.. Setiap sen yang anda belanjakan, umpama menaja mereka menyesatkan dan menyempitkan fikiran orang lain. Jangan pula kata aku ini pengkhianat bangsa pula sebab tak sokong akhbar Melayu. Hahahaha.
Gunakan Kuasa Membeli anda.. Supaya mereka perbaiki etika kewartawanan mereka.
P/S:- Baca boleh, beli jangan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan