"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tembak Sahaja Anwar Ibrahim Biar Mati Katak?

HALIK ZAMAN

KITA sudah jangkakan kematian Altantuya, Teo Beng Hock dan Kugan yang akhirnya boleh dikategorikan sebagai 'mati katak'. Tiadauntung ruginya kepada Kerajaan dan Negara. Mereka matipun tidak menguntungkan dan hiduppun tidak membongkar sesuatu kerugian. Kenapa mereka mati? Kerana terdapatnya sesetengah individu yang tidak suka mereka hidup lagi.

Pasal Anwar Ibrahim, berbagai tortures ‘tekanan batin’ yang beliau terima semasa hidupnya.. Andainya Altantuya, Teo Beng Hock dan Kugan dihidupkan dari matipun mereka tidak sanggup untuk hidup sekali lagi seandainya mereka tahu nasib mereka akan bersamaan seperti insan yang bernama Anwar Ibrahim.

Sebab itu Anwar kalau mati jadi WIRA semasa hidupnya beliau dipesona. Gigihnya semangat waja sebagai pejuang bangsa dan Negara. Matinya pun ditaburi bunga raya.

Tuduhan liwat yang Anwar hadapi bukanlah satu isu yang baru dan bukanlah suatu perkara yang pertama kali berlaku, sebaliknya ini ialah kali yang kedua selepas percubaan pertama agak gagal dan mendukacitakan Kerajaan UMNO di bawah Mahathir.

Lantas Anwar Ibrahim diaibkan, dihina, dituduh dengan berbagai tuduhan, dikeji, dicerca, ditangkap, dicederakan sehingga mata lebam hampir buta. Isteri dan anak anaknya diaibkan di mata masyarakat. Kalau isteri dan anak-anaknya bukan seorang Islam, mereka sudah lama ambil jalan singkat. Bukan di tingkat 15 bangunan SPRM, tapi dibangunan KL Tower dan satu persolan akan timbul; "Ini salah siapa? Ini dosa siapa? Jawabnya ada dihati anda."

Ikut fikiran logik, kes liwat Anwar akan berakhir di mana? Bukan juga di penjara Sungai Buluh. Semua rakyat tahu sebelum Hakim-Hakim Malaysia memberi keputusan; "rumah sementaranya di Sungai Buluh". Sebab rakyat pun tahu fungsi-fungsi hakim Malaysia seperti satu cerita purbawara "correct, correct, correct". Ia telah dijadikan jenaka oleh dunia. Dunia ketawa melihat kita.

Kes liwat Anwar Ibrahim, tidak akan berakhir di Penjara Sungai Buluh sahaja. Salah kalau ada para pemimpin UMNO menganggap bila Anwar Ibrahim dipenjara akan berakhirlah pengaruh Anwar Ibrahim dalam sejarah politik Malaysia. Banyak lagi cabaran demi cabaran yang lebih hebat akan para pemimpin UMNO hadapi kerana rasa simpatinya rakyat Malaysia atas derita yang ditanggung oleh Anwar Ibrahim selama ini.

Kali ini bukan ikut senario 1998 tapi ikut senario 2010 di mana generasi muda kini sudah bisa berfikir dan sudah bisa mengundi. Generasi muda hari ini fikiran mereka tidak mudah dikongkong dan mereka bebas memberi keputusan sendiri dalam PRU13 nanti.

Kerajaan UMNO mahu guna kuasa mahkamah pun rakyat sudah tahu? Fungsi mahkamah mesti ikut cakap siapa?. Tidak elok mengheret mahkamah ke medan politik. Lebih baik gunakan kuasa sendiri kerana sendiri ada punya kuasa. Heret sahaja Anwar Ibrahim ke padang Dataran Merdeka ikut cara ‘wayang cowboy’. Buat pesta ramai ramai. Jemput semua Ahli Kabinet, Ketua Polis Negara dan kroni-kroni semua. Tembak sahaja Anwar Ibrahim sampai mati. Tutup cerita.

Ikut formula George Bush di Iraq. Gantung sahaja Sadam Hussein sampai mati. Iraq akan aman damai hingga hari ini. Tetapi amankah negara Iraq? Kerana Sadam Hussein sudah mati digantung, negara Iraq pun aman damai hari ini walaupun AMAN tidak pernah wujud dalam kehidupan rakyat Iraq. Kalau formula George Bushlah yang membawa perdamaian di negara yang bergolak itu, kita fikir orang yang berfikiran begitu bukan sahaja 'senile' tapi gila di luar kawalan.

http://www.sabahkini.net

Tiada ulasan: