"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenyataan Nalla tidak masuk akal

Kenyataan Datuk S Nallakarupan yang mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuntut kemerdekaan Sarawak sekiranya menang pada pilihan raya negeri sebagai mengarut dan tidak memahami sejarah.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, kenyataan yang dibuat Nallakarupan dalam sebuah akhbar semalam amat tidak masuk akal kerana PKR selama ini tidak pernah memikirkan rancangan yang melampaui batas seperti itu.

“Saya anggap kenyataan Nallakarupan sebagai ‘tidak betul’, tidak mungkin Anwar pernah berfikir mahu mengeluarkan Sarawak dari Malaysia.

“Saya juga tidak hairan Nallakarupan berkata sedemikian kerana beliau boleh bercakap apa sahaja walaupun perkara tersebut amat mengarut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Nallakarupan dipetik sebuah akhbar semalam berkata, Anwar berkemungkinan merancang menuntut kemerdekaan Sarawak jika PKR menang pada pilihan raya negeri pada bila-bila masa sekarang.

Nallakarupan turut mendakwa Anwar akan ‘berhijrah’ ke Sarawak untuk membuat persiapan dan memantapkan jentera pilihan raya parti di sana.

-SinarHarian-

Tiada ulasan: