"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PM: MIC bertanding di Hulu S'gor tapi tak sebut calon

Persoalan parti mana dari komponen BN yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor terjawab hari ini apabila perdana menteri berkata ia akan ditandingi oleh calon dari MIC.

NONE"Kerusi (parlimen) Hulu Selangor akan ditandingi oleh seorang calon dari MIC, kerana itu kerusi MIC," kata Datuk Seri Najib Razak kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan siapakan calon dari MIC itu.

"Biar calon ditentukan oleh pengerusi BN (Najib) sebab saya nak kita menang," kata Najib yang juga pengerusi BN.

Sebelum ini, MIC telah mengemukakan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel untuk bertanding sekali lagi di Hulu Selangor.

Umno bahagian juga mendesak supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno.

Bagaimanapun, semalam dilaporkan bahawa, Umno boleh menerima calon dari MIC tetapi bukan Palanivel.

'Makam kita tak sama'

Sementara itu, naib ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Adnan Buyong, ketika diberitahu mengenai pengumuman najib itu berkata:

"Nak tanya apa? Pemimpin sudah umum. Dia pemimpin kita, apa dia cakap kita kena terimalah," katanya.

NONEDitanya sama ada ia akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Adnan menjwab:

"Kita sebelum ini bagi pandangan sahaja. Dia mungkin ada kajian dia (yang tersendiri). Dia pemimpin, makam (kedudukan) kita tak sama.

"(Ketawa) Apa dia kata kita kena terimalah," kata Adnan.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang kerana sedang sibuk berkonvenysen di Shah Alam.

Sementara itu, Najib berkata walaupun mungkin terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusannya memberikan laluan kepada MIC, ia hanya "merupakan adat biasa".

Batu loncatan pulihkan BN

"Kita ada beberapa perhitungan lain. Tetapi macam mana pun bila sampai kepada penentuan calon, mesti ada orang yang setuju dan ada yang tidak setuju.

"Itu merupakan adat biasa. Yang penting soal kepercayan dan kesetiaan. Setelah keputusan itu dibuat, mereka kena terima," katanya.

NONEDitanya sejauh mana pentingnya pilihan raya kecil di Hulu Selangor kepada BN, Najib berkata ia diharapkan menjadi "batu loncatan" ke arah pemulihan gabungan 13 parti pemerintah itu.

Perdana menteri juga yakin, berdasarkan kepada sentimen pengundi pada masa ini, sokongan memihak kepada BN.

"Bagaimanapun dalam pilihan raya kecil, ada faktor-faktor lain yang kita (perlu) ambil kira. Salah satu daripadanya, faktor calon. Sebab bila pilihan raya kecil, ia lebih fokus kepada calon.

"Kalau pilihan raya umum ia lebih kepada kepimpinan negara dan soal isu nasional," katanya.

-malaysiakini-

-mana perginya pencacai umno yang bising dan sibuk berforum selepas PRU 12 lepas, yang mengatakan kuasa politik orang melayu/islam sudah terhakis. Mereka sepatutnya mendesak Najib meletakkan calon umno untuk bertanding kerana kerusi (parlimen)Hulu selangor mempunyai pengundi melayu melebihi 50%-

Tiada ulasan: