"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jurukimpal saman polis dakwa dicedera

Seorang jurukimpal hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap seorang anggota polis dan kerajaan Malaysia kerana menyebabkan kecederaan parah kepadanya ketika dalam tahanan reman.

Peguam Lim Lip Eng (kiri) yang mewakili Tong Ket Ming, 42, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Stella, Lim & Co.

Tong menamakan Fazrul Hadi Yamin, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul sebagai defendan pertama dan Kerajaan Malaysia defendan kedua.

Notis saman itu bagaimanapun belum diserahkan kepada pihak defendan.

Dalam penyata tuntutannya, Tong mendakwa pada 9 Julai 2007, beliau telah ditahan secara kasar di rumahnya kerana disyaki terlibat dalam satu rompakan bersenjatapi pada 28 Jun 2007 dan mendakwa dipukul semasa ditahan reman.

Tong menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan teladan, yang jumlahnya tidak dinyatakan.

Tong mendakwa beliau telah dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan merompak oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas permohonan pihak pendakwaan pada 3 Februari lalu.

-Bernama-

Tiada ulasan: