"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB: Umno Tidak Anggap Parti Komponen BN Sebagai Rakan

HULU SELANGOR 8 APR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rakyat harus mengambil iktibar dari tindakan parti MCA memboikot Konvensyen Barisan Nasional.

Beliau berkata ia membuktikan Umno tidak pernah melihat parti komponen lain sebagai rakan yang layak mendapat penghormatan sewajarnya.

Khalid juga berpandangan insiden ini secara tidak langsung menunjukkan dimana sebenarnya kedudukan masyarakat Cina dalam hirarki Barisan Nasional.

"Itu sudah kita jangkakan. Umno merasakan dia satu parti untuk BN. Umno adalah BN. Parti-parti lain dianggap kelas kedua. Itu bermakna 1Umno bukan satu Malaysia,” katanya.

Konvensyen yang diadakan di Shah Alam semalam bertujuan untuk merencana agenda merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai mengepalai perwakilan MCA keluar dari konvensyen itu selepas mendapati Umno tidak mengiktiraf kewujudan MCA dalam gagasan itu.

Menurut Datuk Song, hanya lagu BN dan Umno dimainkan di konvensyen itu, dan pemimpin utama parti-parti komponen tidak dijemput ke pentas utama.

Apa yang lebih mengejutkan MCA apabila Noh Omar mahu mereka dan masyarakat bukan Melayu supaya berterima kasih kerana diberikan kerakyatan Malaysia.

“Ini menunjukkan apabila Noh Omar beri ucapan, dia tidak peduli masyarakat lain. Yang lain harus ikut. Ini contoh parti-parti komponen BN sendiri tidak suka pengalaman mereka dengan Umno," katanya.

Khalid berkata, budaya kuku besi seperti ini tidak wujud dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya mengamalkan konsep musyawarah yang menjadi tunjang kesepakatan Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Parti Islam Se-Malaysia.

"Kita dalam Pakatan Rakyat, beri kesempatan kepada semua. Kalau ramai masyarakat itu miskin, tentulah kita beri keutamaan pada mereka. Ini berita yang sangat baik untuk program kita di Hulu Selangor," katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: