"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Harris: 'Ada niat jahat siasat nahas udara 1976'

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh (bawah, kiri) mempertikaikan keperluan membangkitkan semula penyiasatan nahas udara 6 Jun 1976 yang meragut nyawa ketua menteri ketika itu, Donald Mohd Fuad Stephens dan beberapa pemimpin yang lain.

harris mohd sallehNahas itu menyebabkan majlis pemeteraian perjanjian berhubung hasil minyak kerajaan negeri Sabah dan Petronas yang dijadualkan di Labuan itu tergendala. Ia kemudiannya ditunda dan dimeterai di Kota Kinabalu.

Pemimpin PKR Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan dan presiden Parti Progresif Sabah, Datuk Yong Teck Lee baru-baru ini menuntut siasatan diadakan semula.

Harris melabelkan tuntutan supaya
siasatan baru diadakan sebagai “berniat jahat dan bertujuan memalu dan memfitnahkanya secara peribadi.

tengku razaleighJumaat lalu, bekas pengerusi Petronas dan juga bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah pada satu majlisnya di Kota Kinabalu menimbulkan semula insiden nahas udara itu.

Razaleigh dilaporkan berkata beliau juga berada di pesawat yang membawa Stephen tetapi diarahkan keluar oleh Harris (yang ketika itu adalah Ketua Menteri) sebelum pesawat itu dijadualkan berlepas.

Menurut Harris, apa yang didakwa itu sebenarnya tidak benar.

Katanya, dua pesawat Nomad dijadualkan berlepas dari Labuan pada waktu yang hampir sama. Sebuah pesawat dijadualkan ke Kudat manakala sebuah lagi ke Kota Kinabalu.

“Penumpang bagi pesawat ke Labuan termasuk Abdul Rahman Yaacob, Razaleigh, diri saya dan beberapa yang lain,” kata Harris dalam satu kenyataan.

Harris bersumpah bahawa Razaleigh tidak dijadualkan terbang bersama Stephens ke Kota Kinabalu tetapi sebaliknya menuju ke Kudat dahulu sebelum ke Pulau Banggi

“Tujuan lawatan adalah supaya Razaleigh menyaksikan sendiri projek ternakan lembu yang pertama di Sabah,” katanya.

Oleh itu, katanya, dakwaan yang Razaleigh diarah keluar dari pesawat malang itu pada saat terakhir adalah satu kesilapan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: