"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan Rakyat Akan Bertanding Parlimen Sibu

KUCHING, 9 APR: Pakatan Rakyat akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Parlimen Bandar Sibu, kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian.

Kerusi Parlimen itu kosong berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga Ahli Parlimen Sibu akibat barah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat bagi menentukan tarikh pilihan raya pada 16 April ini.

Baru Bian mewakili PKR Sarawak turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris Robert Lau.

"Kita mengucapkan takziah ke atas keluarga Robert," katanya kepada TV Selangor, hari ini.
Robert Lau, 68, dari Parti Rakyat Sarawak Bersatu atau SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 selepas memperoleh 19,138 undi menewaskan calon DAP, Wong Ho Leng (15,903) dan calon PKR, Lim Chin Chuang (812).

Kematian mendiang mendorong pilihan raya kecil kesebelas terpaksa diadakan dalam tempoh 60 hari bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

Robert Lau mewakili Parlimen Sibu sejak 1990.

Parlimen itu mempunyai lebih 53,000 dengan 60 peratus mereka adalah pengundi Cina manakala kaum lain ialah Melanau ( 20 peratus), Iban (18 peratus) manakala Orang Ulu (1.1 peratus).

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil kali kedua di sana selepas pilihan raya DUN Batang Ai, bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Bandar Baru Sibu.

Baru Bian berharap sesiapa sahaja nama yang dicalonkan untuk pilihan raya kecil itu dalam masa terdekat ini akan disokong oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat dan seluruh pengundi kawasan berkenaan.

"Tentu sekali kita akan bertanding dan itu adalah peluang untuk kita bertanding dan mungkin calon adalah dari DAP atau PKR dan kita ada calon yang selayaknya dan kita harap akan bersetujulah," katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: