"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bantah GST: Ku Li akan turun ke jalan raya 1Mei ini?

HAZAYANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah antara tokoh politik yang menyokong penuh Himpunan Hari Pekerja #BatalGST pada 1 Mei depan.

Pengerusi Sekretariat Batal GST, Mohamad Sabu berkata, Tengku Razaleigh atau mesra dipanggil Ku Li yang dihubungi beliau menyatakan kemungkinan besar akan bersama-sama turun ke jalan raya bagi membantah cukai barangan dan perkhidmatan yang mula dilaksanakan 1 April lalu.

"Saya menghubungi Ku Li dan beliau memang tak bersetuju dengan GST.

"Kalau ikutkan beliau GST mesti ditangguhkan hari ini juga kerana persediaan menghadapi GST belum dilakukan secukupnya," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini, hari ini.

Menurut Mohamad, himpunan tersebut akan bermula jam 2.30 petang, selepas solat Jumaat.

Para peserta himpunan akan berkumpul di Masjid Negara, Masjid Jamek, Sogo dan Menara Maybank sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

"Kemudian para peserta akan bergerak perlahan-lahan dari Dataran Merdeka menuju KLCC. Ucapan pimpinan utama akan dibuat di KLCC," katanya sambil menambah warna merah dipersetujui sebagai warna rasmi himpunan tersebut.

Selain Ku Li, turut menyatakan sokongan penuh kepada himpunan tersebut ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Dr. Muhammad Haji Salleh, Pengerusi Bantah PPSMI, Prof Emeritus Dr Shahril Mohd Zain, bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Pengerusi NGO Negaraku, Datuk Ambiga Sreenevasan.

A Samad berkata, beliau akan menyertai himpunan tersebut kerana menyedari GST membebankan seluruh rakyat dan wajar dibantah.

"Saya sendiri lebih awal berasa himpunan ini demi umum.

"Kalau kita tak melawan kita akan terus dicengkam kerana kerajaan hanya tahu berhutang tetapi kita terpaksa membayar," katanya.

Jawatankuasa himpunan akan menyediakan khidmat guaman, perubatan dan keselamatan yang diselenggara pihak Jabatan Amal untuk kemudahan para peserta.

Sementara itu kata Mohamad, makluman kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi akan dibuat pada hari ini.

Turut bersama pada sidang media ialah  Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, Ketua Koordinator Jingga 13, Farez Musa dan aktivis Hishamuddin Rais

Tiada ulasan: