"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Waspada karenah isteri jika tidak mahu dibenci rakyat, kata Mufti Perlis

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan peringatan kepada pemimpin negara agar berwaspada dengan karenah dan "muslihat" isteri masing-masing jika tidak mahu dibenci rakyat seterusnya menghancurkan masa depan kerjaya politik mereka.

Peringatan itu dimuat naik di laman Facebook miliknya Jumaat lepas di bawah tajuk "Wanita dan pengaruhnya terhadap lelaki". Bagaimanapun, tidak jelas ia ditujukan kepada sesiapa walaupun Asri menggunakan gelaran "first lady" (wanita pertama) dan memetik beberapa nama isteri pemimpin dunia.

Komen Asri itu dibuat beberapa hari sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dikritik Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya hari ini, di mana bekas perdana menteri itu mendakwa pasangan itu mengamalkan "gaya hidup bermewah-mewah".

"Dalam negara tertentu, karenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara.

"Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.

"Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa.

"Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka," tulis Asri.

Beliau turut menjelaskan, perkataan Arab iaitu "kaid" yang digunakan di dalam Al-Quran bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: