GOMBAK: Pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharin yang terkenal dengan jolokan Ustaz Bollywood memberitahu, meskipun beliau sering menggunakan pendekatan dakwah yang diselitkan unsur nyanyian ala Bollywood, namun beliau tidak mengamalkannya dalam bacaan solat.
“Tok guru kita baca begitu. Tapi saya tak pernah baca dengan nada (Bollywood) itu dalam solat. Saya baca macam biasa.
“Tak pernah (saya) buat lagu (slang) macam itu. Tapi dengar di YouTube...ambil sedikit-sedikit. Itu yang timbul fitnah,” katanya ketika menjadi panel di program Bicara Majalah I di Masjid Al-Khairiyah, di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, beliau sempat menyentuh soal dakwaan ‘Bollywood fasik’ yang dilemparkan kepadanya ketika berdakwah.
“Apabila timbul isu yang baru-baru ini, ‘Bollywood fasik’...geram tak habis lagi (nada bergurau). Dia kata kita ceramah banyak untuk menjadi kaya...ceramah dapat duit banyak...Tak patut itu.
“Dia tak tahu cerita kita ini ahli perniagaan. Dia boleh duduk atas kerusi, pangkat Jusa C... Jusa C ini gaji RM15,000 paling kurang,” katanya.
Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur beberapa pendakwah yang disifatkan beliau sebagai ‘penglipur lara’ kerana berjenaka ketika berceramah serta menggunakan nama fasik seperti panggilan ‘Ustaz Bollywood’.
-sinarharian-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan