"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Satu lawan satu di Rompin

Proses penamaan calon untuk piilhan raya kecil parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah ditutup pada jam 10 pagi selepas dibuka sejak jam  pagi.

Dua calon, masing-masing Datuk Hasan Arifin daripada BN dan Nazri Ahmaf (PAS) menyerahkan borang masing-masing kepada pegawai bertugas.

Seorang bloger yang mengumumkan mahu bertanding sebagai calon bebas Isnin lalu, Mohd Shukri Mohd Ramli tidak dibenarkan memasuki pusat penamaan kerana tidak membawa bersamanya penyata akaun dan pencadang.

Hasan tiba di pusat penamaan calon diiringi Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira jam 8.50 pagi.
-Bernama-

Tiada ulasan: