BRENHAM: Seorang doktor haiwan dipecat dari klinik selepas memuat naik gambar ngeri dia membunuh kucing dengan memanah di kepala di laman social Facebook.
Kristen Linsey,31, yang tinggal di Brenham, Texas dituduh melakukan perbuatan tidak berperikemanusian di belakang rumahnya dan mendakwa menyangka haiwan berkenaan kucing jalanan.
Dalam status yang dimuat naik bersama tangannya memegang haiwan berkenaan, dia tanpa rasa bersalah menulis dan seakan bangga dengan perbuatannya.
Bagaimanapun kenyataan itu disangkal pasukan penyelamat tempatan yang menegaskan kucing berkenaan adalah haiwan peliharaan yang hilang sejak dua minggu lalu.
“Panah pertama saya membunuh….lol. Seekor kucing bersama busur menembusi kepala. Anugerah Vet (doktor haiwan) tahunan…dengan bangganya diterima,” katanya yang dipetik dari Facebooknya, Kristen Lindsey.
Graduan daripada Colorado State University itu kemudian kehilangan kerja selepas Washington Animal Clinic memecatnya sebaik imej perbuatannya tersebar di laman sosial.
Menurut laporan Dailymail UK, pendakwa raya sedang menimbang untuk mengambil tindakan dan Linsey dikatakan bakal berdepan melakukan jenayah.
Sementara itu, satu akauan Facebook telah diwujudkan bagi membela kucing yang diainaya Lindsey dan ia mendapat sokongan “like” daripada beribu orang yang mengecam perbuatan itu.
-fmt-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan