"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

GST: Apabila Ahli Parlimen BN sendiri sudah merungut

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sepanggar, Jumat Idris mengakui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membebankan.Kenyataan itu dibuatnya di laman Facebook selepas anaknya menerima rawatan di salah sebuah pusat perubatan swasta.

Jelas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu, perkhidmatan berbeza menyebabkan cukai yang diterima berganda.

“Saya memahami kesusahan rakyat kena GST ni. Cukai tu bukan sekali pagi ni saya bawa anak buat rawatan kat kpj dan kena bayar dua kali gst. Kos konsultasi kena 6% bayar kos rayatan 6% lagi . Anak admitted sakit saraf dan tulang belakang bengkok. Rawatan saraf 20k gst rm 1200. Belum masuk bill lain hari ni dah kena 5k memang membebankan rakyat sebenarnya. Bulan mei ni kena berteriak kat parlimen pula.” tulisnya dalam status yang dimuat naik.
jumat5
Luahannya, kemudian mendapat pelbagai reaksi dan dikongsi oleh 70 pemilik akaun Facebook yang lain.

Salah seorang daripada mereka adalah David Cheng.

Dato suarakan kita di Sabah bayar harga brg jauh lebih mahal(14-35%。tetapi kita bayar gst flat rate 6% nationwide,” tulisnya
-detikdaily-

1 ulasan:

nazi kelawar berkata...

Satu untuk engkau sepuluh untuk aku.Hentam sajalah untuk engkau hentam sajalah untuk aku.Tipu untuk engkau, menipu memang kerja aku.
MP Barisan jangan haraplah bantah dan bising di Parlimen.Bising dengan dengkuran dan keruhan mereka saja sebab tiiduuur.....