"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tindakan seorang lelaki cuba membunuh seekor labah-labah menggunakan pemetik api menyebabkan stesen minyak terbakar (Gambar)

SEORANG lelaki terkejut selepas tindakannya yang cuba membunuh seekor labah-labah dengan pemetik api mengundang padah - AGENSI .
MICHIGAN, Amerika Syarikat: Gara-gara cuba membunuh seekor labah-labah, sebuah stesen minyak dan kereta di sini terbakar dalam satu insiden baru-baru ini.

Insiden itu berlaku apabila seorang lelaki melihat labah-labah di keretanya ketika mengisi minyak di stesen minyak berdekatan Detroit, Michigan.

Dia kemudiannya mengambil tindakan dengan cuba membunuh haiwan tersebut menggunakan pemetik api yang menyebabkan kebakaran kecil di keretanya.
KELIHATAN api merebak di sebuah stesen mengisi minyak apabila seorang lelaki cuba membunuh seekor labah-labah menggunakan pemetik api.

Bagaimanapun, kebakaran itu merebak pula ke pam minyak selepas dia cuba untuk memadamkannya dengan alat pemadam api yang terdapat di stesen tersebut.

Lelaki itu kemudian datang semula ke stesen minyak tersebut pada keesokan harinya bagi meminta maaf di atas tindakannya dan disahkan oleh seorang pekerja, Susan Adams.

"Sama ada anda menggunakan telefon atau elektrik statik, satu percikan api kecil sahaja sudah boleh menyebabkan kebakaran di stesen minyak," ujarnya. - AGENSI
-kosmo-

Tiada ulasan: