MALAYSIA DATELINE
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya menyambung kembali sidang Parlimen atau bubarkan Parlimen selepas populariti beliau dikatakan naik atau beliau sendiri tidak percaya dengan kajian itu.
“Kalau sudah naik 3% kepada 67% maka wajar PM 8 sambung sidang Parlimen atau bubar Parlimen.
“Kalau tidak berani bubar, bermakna PM tidak percaya pada kajian tersebut,” kata Datuk Dr Puad Zarkashi menerusi Facebook beliau.
Anggota Majlis Tetinggi Umno itu berkata demikian ekoran laporan kajian Merdeka Centre, badan kajian yang rapat dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bahawa populariti Muhyiddin naik.
Laporan itu mengejutkan banyak pihak kerana berdasarkan tinjauan dan pandangan umum, populariti Muhyiddin merudum jatuh.
Bagi Puad, dengan pandemik Covid- 19 semakin naik, ekonomi makin teruk, rakyat makin susah dan duit sudah habis adalah wajar kerajaan lebih stabil diberi mandat baru.
Puad juga menggunakan #KerajaanGagal, tanda pagar yang kini menjadi paling tular di kalangan pengguna sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan