"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bank makanan ‘dirompak’ golongan tamak

ARIF ATAN

Bukan sedikit rakyat yang terkesan termasuk hilang punca pendapatan akibat kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerangi pandemik Covid-19.

Siri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak berkesudahan dan darurat sejak awal tahun ini juga menyebabkan ramai sudah terputus bekalan makanan.

Kemunculan kempen menaikkan bendera putih dipelopori Nik Jah menjadi satu bentuk komunikasi antara golongan memerlukan makanan dengan dermawan yang peduli.

Tidak kurang juga ada syarikat selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil menyampaikan bekalan makanan secara percuma kepada mereka yang terputus bekalan makanan.

Namun, ada individu tertentu yang dilihat tamak dan mengambil kesempatan di atas keprihatinan masyarakat apabila seolah-olah ‘merompak’ bahan makanan yang disediakan.

Akibatnya, inisiatif bank makanan akhirnya tidak dapat memberi manfaat kepada lebih ramai golongan yang benar-benar memerlukan.

Hal ini dapat dilihat pada rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) oleh pihak rangkaian klinik SP Care Group yang mula tular dan dikongsi warganet.

Hanya dalam tempoh satu minit 16 saat, bahan makanan di rak itu termasuk tin susu dan tepung gandum hampir ‘licin’ disapu dalam kejadian berlaku pada jam 10.12 malam, 2 Julai lalu.

Dalam rakaman itu, seorang lelaki dan dua wanita dengan salah seorang daripadanya memakai topi keledar berwarna merah mengambil hampir kesemua makanan yang diletakkan di rak disediakan pihak klinik swasta itu.

Malah, walaupun penuh dua bungkusan plastik besar yang dibawa, lelaki itu mengambil lagi tiga botol makanan yang dipegangnya di tangan kanan dan kiri sebelum berlalu pergi meninggalkan bank makanan itu.

Tiada ulasan: