"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

JANGAN BERSIDANG KALAU HENDAK PERSENDAKAN AGONG

MSO

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan sidang parlimen yang akan diadakan pada 26 Julai nanti sebagai satu bentuk "penipuan." Persidangan itu seperti mana kenyataan perjabat perdana menteri akan membangkitkan perkara berikut:

1. Pengisytiharan Darurat

2. Ordinan Darurat (Kuasa Penting) 2021

3. Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit  Berjangkit) (Pindaan) 2021

4. Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021

5. Ordinan Darurat (Kuasa Penting) (No. 2) 2021

6. Ordinan Darurat (Kuasa Penting) (Pindaan) 2021

7. Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021

8. Ordinan Darurat (Tabung Amanah Negara) (Pindaan) 2021

Perasidang nanti lebih merupakan majlis taklimat kepada anggota dewan perkara berkaitan dan tidak ada perbahasan. 

Sekiranya apa dikatakan Anwar itu benar, sidang itu bukan sahaja mempersendakan ahli parlimen, tidak menghormati aspirasi rakyat yang mahu lihat parlimen berfungsi seperti sepatutnya, tetapi ikut juga mempersendakan Yang di-Pertuan Agong yang sebelum tiga kali menitahkan perlunya parlimen dipanggil bersidang. Trims.

fb mohd sayuti omar

Tiada ulasan: