"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zahid 'susun gerakan' lepas k'jaan umum pembukaan parlimen

Malaysiakini 

Ahmad Zahid Hamidi kini dilihat sedang mencatur gerakan susulan selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) cuba mengendurkan keadaan dengan mengumumkan pembukaan semula parlimen hari ini.

Untuk rekod kata dua untuk tempoh 14 hari yang diberikan Umno kepada PN berakhir semalam.

Petang ini Ahmad Zahid dilaporkan bertemu dengan beberapa pemimpin Umno, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, di tengah Kuala Lumpur.

Menurut laporan Utusan Malaysia pertemuan presiden Umno dengan anggota majlis tertinggi parti itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai pertemuan tersebut didedahkan.

Melalui kata dua yang diberikan Umno, parti itu menuntut agar PN memulakan langkah membuka semula parlimen dalam tempoh yang dinyatakan.

Pejabat Perdana Menteri hari ini memaklumkan kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Dewan Rakyat bersidang selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos diikuti Dewan Negara pada 3 hingga 5 Ogos. 

Pun begitu tuntuan Umno itu juga dilihat sebagai alasan untuk mewajarkan mereka mengarahkan ahli parlimen parti berkenaan melepaskan jawatan dalam kerajaan, sekali gus akan menyebabkan PN tersingkir dari kuasa.

Ahmad Zahid juga dilaporkan memperoleh ikrar bertulis daripada sebahagian besar anggota MT Umno untuk menyokong keputusan yang akan dibuat parti.

Menurut laporan Utusan Malaysia, selain pertemuan petang ini Ahmad Zahid juga akan mengadakan perjumpaan dengan ahli parlimen Umno pada malam nanti.

Tiada ulasan: